Wednesday, March 26, 2008

Sekali Ini Saja

Sekali ini saja
kan kutahankan
Menguat hati yang tanduh
menjernih fikiran yang keruh

Supaya kau bisa
teresak pada dadaku
menjamah seluruh tubuhku
untuk nanti kau buangkan semula

Waktu-waktu tidak tersisa
Hanya tinggal dendam menyerpih
sedikit cinta, segunung penerimaan
dengan rasa kenal yang makin menyisih

Tak perlu rayuan itu
usah kau ertikan semula apa kutahu
Kerana aku perempuan yang bertahan
untuk sekali ini saja

No comments: