Sunday, April 6, 2008

Berubah

Suatu masa nanti
akan sampai hari
Kaki tidak akan berlari
Gerimis akan berhenti

Kerana seperti musim juga
akan berubah
akan mengolah
cerita gembira menggantikan derita

Tiada lagi sebulan penantian
Tiada lagi hati dihenyakkan
Tiada lagi tangan yang melepaskan
Tiada lagi puisi sedu sedan

30 Mac 2008

No comments: