Thursday, May 29, 2008

Bertemu Tuan Pengarah

Salam pada Tuan,
duduk bertandang saya di sini
bukan gundah atau desah
hanya mahu menyampai dari hati

Begini: jiwa saya fikiran saya
bukan di sini, bukan di matrikulasi
cinta saya pada sastera
pada seni, pada falasafi

Semasa di sini,tuan
tidak lenggang dari bekejaran
waktu; mengandar berat buku-buku
Sayangnya bukan itu yang saya mahu

Tuan, saya pasti. Sungguh!
izinkan saya menarik diri
saya pasti saya lah yang akan menjadi
loyar terbaik satu hari nanti!

Terima kasih.
Salam pada Tuan

No comments: