Friday, May 16, 2008

Pencandu Cinta

Mana jiwa penuh rasa, ku serah
Mana harap penuh di dada, ku beri
Mana lara duka membengkak, ku pendam
Mana sumpah haram berkaram, di sini

Mau juga aku menongkat
tubuh ini tegal menggagah
Biar rasa makin ungu
dalam tamsil sendiri berdua tahu

Biar payung langit hancur mendebu
dalam tegar aku mengemis akur
Lalu biar khayal degil ini terus sasa
kerana aku ini pencandu cinta

Jadi biarkan aku
menguis,
biar mengemis,
biar terhiris.

No comments: