Friday, June 20, 2008

Juni Ini

Juni aku busy
dengan pidato percukaian
tetapi dipatahkan dengan
tawaran belajar ke universiti

Pekerjaan aku pada siang hari
mengisi borang dan memahami
isi kandungan pemakaian tudung labuh
untuk siswi; dan baju jenis nasyid
untuk penuntut lelaki.

Malam-malam harinya
aku mengulangbaca
sajak pak latiff dan tongkat warrant
cuba mengkhatamkan kembali
puitis surreal yang sulit
untuk aku fahami.

Hujung minggu ini
aku akan mula tidur
tanpa lingerie
tanpa tilam jean perry

Tetapi aku akan tetap boleh
menaiki LRT
ke Mid Valley dan KLCC
setiap pagi jumaat hingga malam ahad
menyalin baju kurung
kepada dress putih givenchy

No comments: