Thursday, July 31, 2008

Telanjang.

Puaskah engkau sekarang?
seurat demi seurat kau siat
dengan pandang matamu
waktu kau telanjangkan qalbuku

terdedah.terbiar.terpana
hanya kau yang tahu
lalu aku tak bisa lagi seteru
sendiri dengan rasa yang aku fikir
hanya milik aku

Mungkin sekali ini halusinasi diri
lewat kerap kau tetapkan
pandangmu yang telah kaupaku pada mataku
justeru hanya aku yang penasaran

misterius? bukan.panahan? tersasar.
atau....aku yang perlahan jatuh
perlahan.
lahan.




Perpustakaan
sebelum kelas arab
1 Ogos 2008

No comments: