Wednesday, October 29, 2008

Sini,Aku Tiupkan!

Terima kasih
kerana membiarkan aku
mengemis-ngemis
dan tersenyum
lantas memikirkan sendiri
bahawa senyummu itu
aku kira milik aku

Biarkan aku menangis
karena rasa ini
ternyata sundal
ternyata sial
memang haram
memang jahanam

Percuma saja
untuk aku membakar
sebatang lilin tinggi
dalam kelalang kaca mahal
yang paling pas
yang paling khas

Sekarang aku mahu
gelap.mahu gelita
mana lilin itu?

2 comments:

Unknown said...

bukan sudah kasi lilin?..kenapa nak tiup pulak?..padam la lilin tu nanti..kan tak best pulak

Anonymous said...

mahu hidup berlatarkan gelita....
sungguh tidak seronok...