Tuesday, November 4, 2008

Angau Melampau Pada Engkau

Benarkan aku mengintaimu
dari jauh sambil memintal
anganan bahawasanya
yang sedang aku kecup adalah kamu

Tak terlalu melampau
jika aku menulis seribu lagi
bait puitis tentang gimana
akan aku rapikan
rambutmu di antara jemariku

Dan...izinkan aku bermimpi
gimana kau akan berjalan
masuk ke pintu itu dan lantas
berteriak: Hey sayang, hanya aku kepunyaanmu!


Tapi untuk masa ini
biarkan aku melihatmu
dari jauh

4 comments:

Amiene Rev said...

Dahulu nama-nama seperti Kak Fynn dan Abdullah Jones sahaja meniti ke gegendang telinga saya.

Tetapi entah kenapa, malam ini saya terbuka, melihat dengan lebih luas dan ligat, gelagat ramai penyajak yang berstatus blogger di depan skrin laptop saya.

Hayakallah...

Shaira Amira said...

harapannya nanti akan ada byk lagi penyajak yang lebih berbakat dan lebih bernas lagi ideanya.

amin.

Syah Saliman said...

sumpa, i boleh terasa.

Shaira Amira said...

syah: tapi aku takut syah. aku takut jadi mcm dulu.


nanti kita ckp in private k syg?