Sunday, November 16, 2008

Pimpin Tanganku Di Jesselton

Bawa aku ke sana
pada daerah yang baru
dengan awan yang menggulung
dan latarnya gunung
berselimut putih kabut


pimpinkan tanganku
pada sumur itu
biar kita berdua
melawan selut
menerka renangan belut
bawah gelodak air


sapukan lelah dan peluhku
waktu kita meredah
pada laluan Mesilau
sehingga akhirnya kita berdekah
puas di atas Kinabalu


mimpikan semua itu
di ranjang Jesselton,lelaki puitis.

8 comments:

MaNuSiA_RuMiT said...

pergi ngan saya x nak ker kak??
ahakz...hehehehhee

Syah Saliman said...

mukah tanpa nikah , dosa

ekceli,kk sejuk lah. best.

;) ahaks

Shaira Amira said...

manusia_rumit: jom! akak tak pernah pergi lagi sabah


syah:u peluk la i kalau sejuk.hahahahah

inda said...

baru berusia 18 sudah mampu menulis puisi berat.. u r something.. :)

Oh ya, salam kenall... :)

http://filzah83.blog.friendster.com/

eryzal zainal said...

kocakan lorong dada,moga langit tersenyum bangga.good
:)

El' Mar. said...

Bila langit buka mata.Hati terasa suram.

Bila langit buka mata,Syurga terbentang luas untuk semua.

KhairulAqmal said...

sebelum sabah. saya tunggu anda di sarawak.

haha

Aranus said...

mari, langkaui jesselton,
ku tuntunmu walau ke elopura sekalipun.

salam kenalan,
sahabat!