Saturday, November 8, 2008

Terpanggil Untuk Pergi

aku harus menyarung cadar putih
atas ranjang putih
menutup kelabu jendela
dan menapis limpahan matahari daripadanya
menyapu semua debu
yang punya segala bau-bauanmu


Kerana malam sudah semakin merejam
tidur-tidur dan mimpi-mimpi tercengkam
dan aku tak bisa lagi berlari
pada satu-satunya tempat untuk aku sembunyi


kalau aku tahu sehebat ini
aku akan menjauh
tapi aku telah memilih
memilih untuk jatuh cinta


kerana itu,aku akan pergi
aku akan tinggalkan semuanya

7 comments:

MaNuSiA_RuMiT said...

akak..jangan la lari...jatuh cinta jer..bukan teruk sangat pun..

Syah Saliman said...

betul2. setuju2

Shaira Amira said...

manusia_rumit: 'jatuh cinta je'? haduih


syah saliman:ini lagi sorang.

MaNuSiA_RuMiT said...

hurm...saya pun pernah kena juga sebab tu saya tahu...

saya bukan main cakap jer..tapi dah kena...setakat jatuh cinta jer..dunia ni x khiamat la kak kalau kita jatuh cinta...

Shaira Amira said...

manusia_rumit: :)

teamtact said...

"kerana itu,aku akan pergi
aku akan tinggalkan semuanya"

di tempat kekal abadi....

sakibakidaki said...

oi kau nak pergi mana? heehe.

btw, this is one nice piece. setiap satu ayat macam elok2 saja disusun untuk berlingkar sesama sendiri. :)

jangan sedih-sedih. kalau nak lari mari datang sini.