Sunday, July 4, 2010

Keretapi Selatan

Keretapi malam
yang kauambil
dari selatan
kubayangkan
mendesah bersama
dalam kocakakan dada dara
kutatangi ingatan tentangmu
tentang
2 malam sebelumnya:
2 manusia kesipu-sipuan
(tiba-tiba pula)
pipi merah merona
kerana todi
kerana gelegak
nafsi


jauh-jauh kaukelana
mencari rindu
dekat-dekat kukekal
berpupur menunggu.

5 comments:

MADiSYAK said...

Ceritera kembara yang menarik, bersama alam, bersama keretapi.

mosyuki borhan said...

kamu xpernah mengecewakan aku.
selalu buat aku dipaku.

cantik.

Sloeko loe said...

baca-baca.

Sloeko loe said...

baca-baca.

Unknown said...

menarik :)