Sunday, December 7, 2014

Untuk Pitik Bintang (sekitar tahun 2010-2011)

Antara seorang pelacur tua, seorang lesbian dan seorang isteri, aku percaya bahawa aku adalah perempuan yang paling kecewa sekali.
Sering terjadi peristiwa dalam mana aku terkunci dalam dekapan seorang lelaki, mungkin merasakan yang akhirnya aku berkuasa di atas sesuatu, sebelum lelaki itu mengatakan sesuatu yang menunjukkan tanda aras pemikirannya. Aku, seperti biasa, merasa sehabis kecewa.
Seorang pelacur tua yang kecewa, tetapi sehingga hari ini (mungkin) masih dibayar. Seorang lesbian, putus harap, tetapi menemui dirinya dan cintanya pada perempuan yang lain. Dan seorang isteri, yang memandang ke luar tingkap rumahnya, masih tidur dengan lelaki yang sama setiap malam.
Tetapi denganmu, aku sudah lama membuang persalinan idealis -hanya mau menerima.


No comments: