Ke bulan sayang
Aku mahu ke bulan
Mahu melepasi batasan
Memecahkan mimpi-mimpi jadi kenyataan
Dan bila kita dibalik bulan
Kita ketawa, hanya kita saja berduaan
Malakar kasih kita rayu-rayuan
Dengan hanya bintang yang menyaksikan
Kerana aku Bidadarimu sayang..
Maka ingin saja aku terbang
Menebarkan sayap putih dalam pekat malam
Ingin saja aku bawa kau ke bulan
Untuk kita berkasih dan bercinta
3 comments:
cantik sekali kisah ini.
kak fynn...im so thrilled.. terima kasih..terima kasih.=)
This is the poem that caught my eyes. You have a beautiful soul.
Post a Comment