Friday, February 1, 2008

Lalu

I

Pada hari yang biasa
Hitam pandanganku terbuka
Silau matahari mencucuk mata
Kau berikanku pagi dengan nafas kuhela

Yang kufikirkan dari dahulu
Dari 3 bulan yang lalu
Hanyalah kau yang berada didalamku
Hari biasa diisikan denganmu

Yang biasa jadi indah
Kerja yang bosan jadi indah
Database yang menjelakkan jadi indah
Semuanya yang jelek langsung berubah

Hanya kerna kau sayang..
Kau saja yang pernah kupanggil abang
Dirimu yang buat segalanya jadi terang
Kau saja yang bisa menukarkan

Aku pejamkan semua
Aku mengingatkan hari yang bakal tiba
Tanggal itu sayang, Febuari yang ketiga
Kau dan aku bertemu semula

II

Lalu pergi lelahku hilang
3310 ku yang buruk aku bukakan
Tarikh permulaan kita jadi kata laluan
Melihat panggilanmu kusenyum sendirian

Kujawab panggilanmu
Kau kudengar minta penjelasan
Kau fikir aku bosan
Kau rasa aku mahu tinggalkan

Sayang..
Aku yang sayang
Tidak mahu hubungan ini kubuang
Percuma saja dibiarkan ke longkang

Dalam kata-katamu kemerasa
Tinggi suaramu buatku tersedar
Aku bukanlah perempuan itu
Aku bukanlah yang kau panggil "Bidadariku"

Sekarang,kini...disini..
Aku tidak tahu lagi
Tidak aku rasa lagi
Aku tak mahu berdua lagi

Lalu kau biarkanlah
Kau lepaskanlah
Tidakku kembali, jangan kau kejar
Lihatlah saja aku pergi melangkah

1 comment:

Ashraf Ishak said...

I get that picture of everything the person goes through, and I'm scared of that thought. A good poem. You got the message to me.