Sunday, February 3, 2008

Perempuan

Perempuan,
Sudah kau bukakan pekung itu
Saat kau pamer perilaku busuk itu
Bila kau buat semua jadi bisu

Perempuan,
Jaminan apa dengan jilbab di kepala
Di waktu kau kegenitan di hadapan semua
Bila kau beliakkan anak-anak mata

Perempuan,
Tidak pernahkah kau fikirkan
Jika sampainya masa orang tuamu ketahuan
Tentang anak gadis mereka di perantauan

Perempuan,
Kau jagalah dirimu
Kerana laknat itu hanya bahana padamu
Seperti buaya-buaya yang bertopeng suci dihadapanmu

1 comment:

Ashraf Ishak said...

Very edgy poem. Simple. Straight forward. I like it.