Persetankan kau
Merah baranya dalam diri ini
Kau bekukan dan kau kunci
Kau racikkan lalu kau biarkan aku menangis
Persetankan kau
Tiada siapa yang lebih tinggi
Antara kau dan aku melainkan Dia
Usah kau megahkan dirimu dalam nikmat-Nya
Persetankan kau
Setelah kau renyukkan anganku
Lalu kau hamburkan pada angin
Kau anjingkan mimpi-mimpiku dengan tawamu
Persetankan kau
Sudah kau tegalkan kalbu ku
Dari peritnya bisa selumbar kata-katamu
Dalam nistamu aku bangkit dari tersungkur
9 comments:
mungkin ignorant adalah pilihan terbaik jika mulut ini tidak mampu berkata-kata lagi..dan bila akal ini sudah semakin hilang warasnya..maka persetankan semua itu! cheers fr me (^.^)
terima kasih e.a.m.y =)
hamboi-hamboi.. punya blog tidak diberitahu!
amarah mmg inspirasi terbaik.
some people say things with words while others with pictures, both has their own specific art. all of us are born as artist but wether we choose to be one.. its our decesion .. anyways .. http://www.persetankan.com hehehe
shaq.. thts true.. but maybe we can choose both.its wholesome
timbalan datin! ini datin gaaaaaaaa
shaira ,saya suka yang ini.kamu sgt kuat untuk bangun dari kejatuhan cinta!
saya masih menggapai tali yang belum pasti akan tercapai sejak saya tingkatan 3 hingga kini.alangkah bahgianya saya jika saya sekuat dan segagah kamu.
kuderatku lemah.
syah: sebenarnya entri ini utk seseorang yg ketawa pada keadaan saya. bukan kerana cinta. tapi jika terkesan pada kamu tafsirannya, alhamdulillah =)
Post a Comment