Tuesday, March 4, 2008

Pesan Untuk Bidadari

Jangan rusuh
Menongkatkan angan pada awan
Merajakan rasa pada jiwa
Kala meliukkan jemari pada tubuhnya

Jangan lepa
Melepas diri dalam hiba
Melempar amarah pada waktu
Kerana dirinya tiada untuk dirimu

Jangan tidak betah
Meniup kalam-kalam cinta
Pada kuping sang pujangga
Saat kau berulit dalam kabut asmara

Jangan pernah
Kau depangkan sayapmu
Untuk memeluk langit ungu
Meninggalkan sang pujangga yang rindu

9 comments:

Fynn Jamal said...

kasihan bidadari.

Shaira Amira said...

bidadari itu tdak pernah mahu melepas tangan.

Unknown said...

sangat suka.tp saya bidadari yang tidur hanya mahu mimpikan si pujangga yg telah mati..

shaira..tulis la lagi...best la baca ur poems...aaaaa :D

Shaira Amira said...

terus saja mimpi. kerna bila dibukakan mata rasa itu lebih sakit.

thank u syah:) im so flattered. kalau ada idea, ada la. kalau x. i'll write crap stuff. :P

harimau * sekarang. said...

walaupun ada yang merindu, kadangkala we have to fly away. sometimes it's best that way. though ada nyawa terseksa, tetapi ia akan terus hidup. hidup tanpa rasa pahit, tak thrill.

;p

miss me much?

Shaira Amira said...

who r u miss nadia i may ask?

harimau * sekarang. said...

sudah terang, bersuluh lagi.
sudah kenal, bermesraan lagi.

;)

Shaira Amira said...

hahaha.. yes.. miss nona.. :) how can i not knw u. good luck for ur finals.

Unknown said...

tidak bisa lagi bermimpi..sudah masuk seminggu berkabung.masih tak mati dia dalam hati.

sama2..suka baca ur poems :)