Sunday, April 6, 2008

Kepada Pemerhati

Kerana kasih sesama manusia
kau berpesan dan memberi peringatan
Sebagai sahabat yang sama pendapat
aku mendengar dan menerima teguran

Kerana seperti kau aku juga
manusia yang memerhati sesuatu kejadian
Yang menghargai detik-detik pemberian Tuhan
Lalu merakamnya buat simpanan

Dan seperti kau juga
Aku pemikir yang berhati-hati
Terkadang cerewet, tetapi lazimnya cuai
dalam mengatur langkah dan menyusun bicara


2 comments:

Kasturi said...

tenkiu,

Shaira Amira said...

ur welcome..im glad u like it.