Pandangku tersekat
oleh mahu,tanpa telus
aku sentiasa tertangkap
dlm kerawang sesat pintalan kudarat
Kalbuku masih memerah
mengalir manis darah dikerah
berdetak denyut dengan nafas setan
Aku cuma hawa
yang muda
dengan sembilan nafsi
dan hanya satu akal hakiki
sering saja bersedan
sesudah dibiarkan.
1 comment:
muda dan berbakat besar.
Post a Comment