maaf, aku telah menyimpang
daripada jalan yang terdahulunya
kuterka paling pantas untukku
berjalan sendiri sambil diperlihatkan
ktung..ktung..ktung
beduk yang teroleng-oleng
oleh sang muazin
yang berniat maaruf di dadanya
namun pada simpang ini
semakin jauh kudengar
aku telah memilih untuk berlari
dan berteriak hingga suaraku parau
darahku menggelegak dan berderau
sehingga membuak keluar dari tubuhku
sehingga yang tinggal hanya perca
sedih,perih,sesal,sedan,siksa
seribu jalan,seribu simpang
belokan,kiri dan kanan
dan yang terdera hanyalah aku.
3 comments:
tapi kita masih belum terlambat untuk membuat pilihan, kerana kita masih sedar sebelum waktunya
ini satu pilihan yg dipilih.
buat masa ni.
ade gak simpang kann? ^^
drpd xda..err
*merenung jauh*
Post a Comment