Friday, November 7, 2008

Rindu

Malam-malam terlalu singkat
dan siang lebih meraja lewat ini
kerana aku tak bisa lagi tidur
seberapa aman daripada yang sebelumnya


Mungkin, aku andaikan di sini
tidur tidak lagi sunyi
daripada bermimpi
tentang kau
justeru itu, aku tak punya lagi
alasan picisan untuk
mengabur daripadamu


Sekarang, aku hanya berharap
untuk malam-malammu
menjadi lebih kacau
tak punya bintang
tak punya awan
hanya angin
hanya dingin
tanpa aku


Aku berdoa kau juga merasa begitu
seperti aku.

4 comments:

SUXX said...

ingat daku dlm doamu,itu lazim.

Shaira Amira said...

haha.

klise hanya pantas didengar utk org2 yang senang dgn kita.

Anonymous said...

hurm...macam lirik dalam lagu cinta antara kita....

Shaira Amira said...

ha??? nak delete la puisi ni.

btw, tak pernah dgr pun lagu tu.