Friday, December 11, 2009

Lady Justice

berapa ramai lagi
yang terpaksa betah
diandal
untuk menatangmu?

lelaki-lelaki yang pernah
sasa, pernah tegap
menyusut kering;
gering di tengah-tengah
selangkanganmu
yang basah
berat
dan busuk


bisa itu pedang dalam jarimu;
yang miring itu neraca pada tanganmu;
kecurangan itu balutan hitam terlekap
pada matamu.

2 comments:

wahyudi my said...

mana blog yg lagi satu?

Shaira Amira said...

aku dah buang.malas.