Monday, February 14, 2011

A.


Dalam jemarimu aku patuh
berselang dengan kemabukkan kepercayaanku:
hati yang mengaku,
lidah yang basah
dengan ludahmu
batang leher yang merah
dengan namamu

penerimaanmu, nirwanaku
wajah buas dunia takkan kurindu
selamanya pegar tubuhku tunduk
pada lentur kudratmu


3 Disember 2010

1 comment:

mirth. said...

hi. sedap puisi awak. kalau boleh bacalah puisi saya juga.

bahasa saya berkarat.