Saturday, October 16, 2010

Terlarang

kita tiduri saja siang ini
kemamkan api
dari bara isakku
yang sudah lama berhenti

liuk-liuk mimpi
adalah gaulan lelah
antara desah penerimaan
berbaur
keserakahan

kau tiduri saja siang ini
dan bangkitlah
dalam dekapan
nyala rasaku
lagi.

4 comments:

Wan Nor Azriq said...

Saya jarang berpuas hati membaca sajak-sajak perempuan malaysia.

kecuali sajak-sajak awak.bahasa awak sering memikat selera pembacaan saya.

Shaira Amira said...

terima kasih banyak. Banyak lagi yang saya mesti belajar.

Anonymous said...

blh tahu mahu beli buku itu gi mana?
mail yea?

luvelyadrenalin89@gmail.com

thx
:)

lelaki gila said...

bahasa kamu indah, dan maksudnya rasa sampai ke jiwa.
teruskan menulis. saya antara mata yang mahu membaca.