Sunday, April 6, 2008

Tak Matang

Belum puas nak ditatang
Belum cukup untuk dilepas terbang
Aku bukanlah yang mau kau pandang
Aku perempuan yang kau panggil "tak matang"

Tapi jangan pernah kau entengkan
aku ini
Bukan mahu minta dijulang, hanya mahu diertikan
perihal ketinggian ruang pemikiran

Aku ini bukan
perempuan melayu kacangan
Benar muda, tapi kupunya daya kebolehan
Jauh sekali dari seumpamaku yang cuma menjaja alasan

Bukan mahu minta dijulang, hanya mahu diertikan
mahu dipandang perihal tingginya pemikiran

2 comments:

Anonymous said...

Pemerhati kadang mati akan hatinya sendiri..sampai tenang sampai hilang..ada pemerhati datang jadi pengganti....

Shaira Amira said...

sekarang bukan
masa untuk bermegah
masa untuk riak
pemerhati itu pemerhati cuma

bukan pemberi benci selaksa.